Thursday, September 27, 2012

Tajuk 15

Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang

SEMINAR
  • Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
  • Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
  • Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
  • Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
  • Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
  • Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.

PAMERAN
  • Pengertian Pameran
    • Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
  • Jenis-jenis Pameran:
    • Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
    • Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
    • Pameran Keliling (Traveling Exhibition
  • Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
  • Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
  • Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.

Monday, September 24, 2012

       BMM 3105 P&P BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER


       SUBTOPIK

  • Menggunakan Internet enjin pencari bahan dalam P&P Bahasa Melayu.
  • Aplikasi garis panduan dan etika penggunaan internet.
  • Pemilihan bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu.
  • Membina dan mengunnakan tapak, Laman Web pembelajaran dalam P&P Bahasa Melayu.
  • Membina dan mengaplikasi struktur perpautan dalam penyusunan bahan P&P.
  • Mengaplikasikan model pemprosesan maklumat.
  • Pengajaran Bahasa Melayu secara atas talian dan luar talian.
  • Mengedit bahan pengajaran Bahasa Melayu secara atas talian.
  • Membina bahan video dan audio.
  • Pengajaran Bahasa melayu secara sidang video.
  • Menggunakan alat pengarangan dalam pengajaran Bahasa Melayu.
  • Mereka cipta animasi dalam persembahan bahan pengajaran Bahasa Melayu. 

Tajuk 13 REKA CIPTA ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN